Isnin, Ogos 18, 2014

KENAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?

Kenapa anda perlu menyimpan EMAS?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Setelah mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka mudah bagi anda untuk menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya. Anda perlu menyimpan emas kerana atas faktor berikut:

1. Merupakan simbol kekayaan yang sebenar.
2. Peningkatan harga melalui jangka masa panjang.
3. Nilai matawang fiat akan makin berkurangan.
4. Keunggulan emas dari segi aset
5. Tidak boleh di manipulasikan.

1. Merupakan simbol kekayaan yang sebenar.
Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbol kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan. Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik dan lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadap emas disebabkan seperti berikut:

1. Sifat fizikal iaitu warnanya yang sangat menarik.
2. Tidak boleh dibinasakan.
3. Walaupun dibahagikan kepada unit-unit kecil, nilainya tetaplah sama.
4. Sukar diperolehi.

 Jika seseorang manusia itu memiliki banyak emas pada zaman sekarang, sudah semestinya dia dianggap seorang yang kaya atau kata lain jutawan. Emas mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk , tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. 



Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. 

Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sehingga hari ini manusia emas sebagai benda yang berharga, dengan kata lain emas bernilai untuk selama-lamanya. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Dengan emas anda akan kaya, kekal kaya untuk selama-lamanya. Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa sejak ribuan tahun dahulu hati manusia sudah berkeinginan terhadap emas dan meletakkan nilai yang tinggi terhadapnya apabila nilai emas itu sendiri diguna pakai didalam sistem perdagangan berdasarkan sistem barter (pertukaran barang). Kerana itulah manusia memilih emas sebagai wang.

2. Peningkatan harga melalui jangka panjang.
Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Mari kita lihat graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun.

Daripada graf harga emas di bawah, sejak 5 tahun yang lalu harga emas telah meningkat
daripada 561.50 USD/Oz kepada USD1900.30 USD/Oz.

Ini merupakan kenaikan 238.4% (bersamaan purata 47.68% setahun!)


Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30 / Oz . Ini merupakan kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!)
.


3. Nilai matawang fiat akan makin berkurangan.
Jika sebelum ini kita lihat emas mempunyai kadar kenaikan dalam 5 tahun yang tinggi, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wangbelanja antara 20 sen sehingga 30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.


Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 – RM5 sehari untuk mereka yang bersekolah rendah, bayangkan pula yang sekolah mengengah sekurang-kurangnya RM5 atau lebih kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Saya ingat lagi sewaktu menjaga nenek saya waktu belajar dahulu, nenek saya sering merungut hari-hari menceritakan hal harga barangan dapur yang agak mahal. dahulu harga sekilo tepung tak sampai seringgit pun. sekarang 3-4 kali ganda dari nilai dahulu

Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan di antara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dolar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 – 2006.

(sumber: www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:


Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat.

4. Keunggulan emas dari segi aset
Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair.

Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan
menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar-
Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi).


Institusi Ar-Rahnu kebiasaannya boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas
anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

5. Tidak boleh di manipulasikan.
Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari, dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.


3 ulasan:

  1. ilmu yg sngt bermanfaat...semoga mnjadi pengatahuan bergunaa๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  2. Menarik,,, simpan emas sekurang-kurangnya 1gram 1bulan 1keluarga... Mulakan hari ini.... sangat berbaloi dari simpan duit yg semakin susut nilai....

    BalasPadam

Tengok je? Komen la sikit..