Isnin, Ogos 18, 2014

MARI BELAJAR APA MAKSUD EMAS : FAKTA EMAS

APA ITU KARAT?

Ramai yang masih belum faham dengan istilah ‘Karat’. Mungkin anda pernah mendengar 24 karat, 18 karat, dan sebagainya tapi apakah maksud sebenarnya?



Ingat, karat yang saya maksudkan bukannya sesuatu yang ‘berkarat'....macam logam seperti besi buruk yang akan mereput!

Karat di sini adalah bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Anda perlu tahu yang semua emas yang ada dipasaran bukanlah emas tulen. Ini kerana emas tulen adalah 24 karat!

Oleh kerana sifat Emas tulen sifatnya yang lembut maka untuk menguatkannya ianya terpaksa dicampur dengan logam lain agar ianya lebih mudah dibentuk.

Untuk memudahkan pemahaman, angka karat yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jika 18 karat, ianya bermakna 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75
peratus jumlah emas.

Baki 25 peratus bahagian lagi mungkin terdiri daripada bahagian logam lain seperti perak, tembaga, zink, atau paladium.Berikut jadual yang menunjukkan perbezaan skala karat emas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tengok je? Komen la sikit..